Monday, November 14, 2011

Apa itu cinta.

Assalamualaikum

PERCINTAAN DALAM PERJUANGAN

Faham tak maksud di sebalik ayat di atas? kawan kawan, cinta itu sangat subjektif. dan ade macam macam definisi bagi setiap orang, betul? awak, awak dan awak pasti punya satu pengertian yang berbeza. You, yourself are the one who knows your love definition very well. and yes, me too.

Saye tak spesifik kan pengertian CINTA dalam prospek diri saye. kenape? kerana ade pelbagai makna cinta dan perasaan yang sangat berbeza. Saye tidak hanya nampak perasaan cinta itu hanya hadir di antara due jantina yang berbeza. Ia hadir pada bila masa, di mana saje dan pada setiap hamba Allah yang mempunyai perasaan. Apa itu cinta? ia mungkin perasaan kasih, sayang, rindu, setia dan ape ape lagi lah kan.

Hampir semua akan memberikan jawapan yang same. mungkin. tapi kepada siapa? persoalan ni tersangat mudah untuk dijawab. lancar je. pada si die, si polan bin si polan, si bakal suami etc etc. cehh. pada hamba Allah yang berlainan jantina sahaja? siapa etc etc anda? atau memang hanya kaum ADAM yang bukan muhrim itu sahaja berhak dan layak mendapat pengertian cinta anda? jika benar lah bila semua orang yang cakap setia pada cinta dan ape ape lagi lah ayat sweet tu mengotakan nya, InsyaALLAH pasti segalanya dalam keadaan yang baik. dan kerana tidak benarlah, cinta anda sentiasa goyah !

Jika cinta anda sangat setia, pasti anda tidak melakukan ape yang Dia tidak suka. dan kerana cinta anda padaNya goyah, it happened kan? cinta yang ade kasih sayang rindu atau ape ape saje tidak hanya pada si dia yang berlainan jantina sahaja. anda pasti si dia yang bersama sekarang ini adalah jodoh anda di masa hadapan? fikir fikir kan. Don't hope too much as it will make you hurt so much.

I'd fallen in love, once. I'm in love now. I'll be falling in love, soon. InsyaALLAH.
psstt : it's subjective, guys.

  1. Kasih nan abadi tiada tandingi Dia yang satu.
  2. Sayang berpanjangan membawa ke syurga, kasihnya ibu.
  3. Lapar dan dahaga rela berpayahan, setianya ayah.
  4. Mudah kau ketemu berhati selalu, beza antara kasih dan kekasih. 

 

Sunday, October 23, 2011

Takdir

Ingin ku menentu takdir di tangan sendiri, agar di matamu aku lah permaisuri.
Jika boleh takdir tu kite tentu kan, subhanallah, semuanya pasti indah bukan? namun begitu lah. takdir adalah ketentuan Tuhan. semua ape yang berlaku pada kita sama ada yang baik mahu pun yang buruk adalah takdir yang telah ditetapkan Yang Maha Mengetahui. syukur sahaja pada Dia kerana Dia lebih tahu ape yang bagus buat kita meneruskan watak kita dalam lakonan kehidupan ini. menyalahkan takdir? jangan sesekali.

Tapi kite boleh mengubah takdir dengan berusaha. jangan berserah semate mate tanpa melakukan ape ape dan kemudian duduk meratap pilu menyalahkan takdir. itu untuk orang rapuh imannya. takdir tidak akan berubah jika kita tidak berusaha untuk mengubahnye. dan ketahui lah untuk semua yang telah, sedang atau akan berlaku pada kita ialah takdir Allah SWT. jangan menyalahkan takdir. Ujian yang Allah turunkan adalah tanda kasih sayang Dia pada kita dan Allah takkan turunkan ujian tersebut jika kita tidak mampu menghadapinye. InsyaALLAH semakin berat ujian yang diturunkan, semakin besar hikmah yang menanti kita. cepat atau lambat sahaja.

Firman Allah :
"berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina."  (Surah Ghafir 40:60)

Jadi kawan kawan, jangan bazirkan hidup kita dengan duduk menyalahkan takdir. banyak lah berdoa pada Dia kerana Dia lebih mengetahui tentang segalanya. setiap ujian adalah peluang untuk kita dekat kan diri pada Allah. dan mungkin ini takdir kita. 






mungkin penyelesaian itu ada
tapi kite yang tak mahu berusaha.

  

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday

Salam all :)

Guys, do you ever know what friendship really is ?


We called this as friendship. We make it forever. With Allah permission. Amin.