Sunday, October 23, 2011

Takdir

Ingin ku menentu takdir di tangan sendiri, agar di matamu aku lah permaisuri.
Jika boleh takdir tu kite tentu kan, subhanallah, semuanya pasti indah bukan? namun begitu lah. takdir adalah ketentuan Tuhan. semua ape yang berlaku pada kita sama ada yang baik mahu pun yang buruk adalah takdir yang telah ditetapkan Yang Maha Mengetahui. syukur sahaja pada Dia kerana Dia lebih tahu ape yang bagus buat kita meneruskan watak kita dalam lakonan kehidupan ini. menyalahkan takdir? jangan sesekali.

Tapi kite boleh mengubah takdir dengan berusaha. jangan berserah semate mate tanpa melakukan ape ape dan kemudian duduk meratap pilu menyalahkan takdir. itu untuk orang rapuh imannya. takdir tidak akan berubah jika kita tidak berusaha untuk mengubahnye. dan ketahui lah untuk semua yang telah, sedang atau akan berlaku pada kita ialah takdir Allah SWT. jangan menyalahkan takdir. Ujian yang Allah turunkan adalah tanda kasih sayang Dia pada kita dan Allah takkan turunkan ujian tersebut jika kita tidak mampu menghadapinye. InsyaALLAH semakin berat ujian yang diturunkan, semakin besar hikmah yang menanti kita. cepat atau lambat sahaja.

Firman Allah :
"berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina."  (Surah Ghafir 40:60)

Jadi kawan kawan, jangan bazirkan hidup kita dengan duduk menyalahkan takdir. banyak lah berdoa pada Dia kerana Dia lebih mengetahui tentang segalanya. setiap ujian adalah peluang untuk kita dekat kan diri pada Allah. dan mungkin ini takdir kita. 






mungkin penyelesaian itu ada
tapi kite yang tak mahu berusaha.

  

2 comments: